top of page
Aktiviti Terkini

23 April 2016

Hari Sukan 2016

Hari sukan pada tahun ini merupakan hari sukan pertama APC Subang Bestari. Kami telah bergabung dengan beberapa APC sekitar Shah Alam antaranya APC Bukit Jelutong, Seksyen 7, Sekyen 3, Alam Avenue dan Bukit Raja. Anak-anak belajar sikap setia kawan dan semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam permainan-permainan yang telah dibuat. Mereka sangat gembira tapi nampak keletihan.   

Mei 2016

Hari Istimewa APC SB 2016

Hari ini, kami menyambut Hari Guru dan meraikan hari lahir anak-anak APC yang lahir pada bulan Januari hingga Mei. Alhamdulillah ramai ibubapa yang datang dan meraikan program ini bersama-sama kami.
program bermula dengan pendaftaran ibubapa Sarah dan Ayid student yang paling awal sampai. Kami aturkan game antara anak dan ibu. meriah betul sebab anak dituto mata dan perlu cari ibu dengan mendengar suara saja. Ada juga yang tak jumpa sebab dah terlalu bising. Kesian. Waktu meniup lilin, memotong kek dan menerima hadiah dari guru adalah saat yang ditunggu-tunggu. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir, yang tak dapat join kita, nanti kita buat lagi ya..

Jun, 2016

Lawatan Sambil Belajar 2016

Lawatan sambil belajar pertama APC Subang Bestari. seminggu sebelum tarikh lawatan dah ramai yang excited nak naik bas besar. Sebelum bertolak, semua mendengar pesanan dari Ustazah Norhidayah. "Berjalan berpasangan dengan kawan, duduk di tempat masing-masing" ustazah Dayah sibuk memberi penerangan.


Lokasi pertama ialah Jabatan Bomba & Penyelamat di Kota Anggerik aka TTDI Jaya. selepas mendengar taklimat dari ketua balai, kami dibawa menaiki jentera bomba pusing-pusing keliling balai. yang menariknya siren dan lampu dipasang, anak-anak semua menjerit keseronokan.

 

Selepas mandapat kertas untuk mewarna, kami naik bas semula untuk ke lokasi kedua iaitu Muzium Alam Shah. Ada buaya besar kata penjaga di sana, apa lagi ketakutan lah semua anak-anak APC. Tapi lepas ditinjau, buaya tu replika aja, tak lah menakutkan seperti yang diberitahu..lega rasanya. berjalan ke bas mengambil masa beberapa minit, ramai yang keletihan, kesian tapi apa boleh buat, bas tak dibenarkan parking di dalam tempat meletak kereta muzium, panjang sangat.

 

Naik bas semua dapat minum dan makan bekal yang disediakan sebelum bertolak ke perpustakaan Shah Alam. kami makan tengahari sebelum dibawa oleh wakil pihak muzium mendengar cerita dan dbawa menonton cerita Kung Fu Panda 3. ramai yang ambil kesempatan tidur sebab sejuk dan gelap. lucu lah sebab mereka tak nak bangun tidur.

 

Akhirnya kami bertolak ke destinasi terakhir, dah dekat jam 4 petang. Sampai di perkarangan Mahkamah Syariah Petaling, kami disambut meriah dan terus dibawa menikmati minum petang. Anak-anak dibenarkan bermain di playground dan guru-guru dibawa pusing-pusing sekitar mahkamah. Ehm..dah penat dah, selepas bergambar kami bertolak balik. Pengalaman menarik outing bersama anak-anak APC Subang Bestari. Tahun depan kita jalan-jalan lagi ye.

24 Julai 2016

Lawatan ke Klinik Gigi

Hari ini anak-anak APC dibawa ke klinik gigi Empire Dental di Bukit Jelutong. Terima kasih kepada Dr Abdul Hafiz kerana sudi menerima kami untuk pemeriksaan gigi percuma. anak-anak APC diberitahu mengenai tips penjagaan gigi dan cara yang betul memberus gigi oleh pembantu klinik yang ramah dan baik hati. 

23 Ogos 2017

Simulasi Haji Cilik 2017 kali ke-4

Tahun ini merupakan tahun kedua kami  menyertai SHC anjuran PERTIM. Tahun lepas kami  ada jemaah lelaki, tapi tahun ni semua jemaah kami perempuan. Peserta yang kami pilih hanya yang berumur 6 tahun sahaja kerana acara dalam SHC ni agak banyak dan pastinya meletihkan bagi anak-anak kecil. Walau bagaimanapun anak-anak yang berada di tadika tetap meneruskan acara simulasi haji sepertimana yang dibuat oleh 5 jemaah kami di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Moga anak-anak ini dapat  menjiwai ibadah haji yang menjadi rukun Islam ke-5 ini. Moga mereka juga diberikan kesempatan oleh Allag swt untuk menunailan haji diusia muda.

16 September 2017

Ya Bunayya Mini Family Explorace - AKAN DATANG!!

Ada kelainan pada tahun ini. Kami tukar  acara sukan tahunan kepada  mini explorace kerana kami ingin lebih interaksi  dengan ibubapa . Semoga aktiviti ini akan berjalan dengan lancar insyaAllah

xx November 2017

MAjlis Ihtifal APC 2017 - AKAN DATANG!!

Beberapa APC bergabung menjayakan majlis ihtifal kali ini. Pasti meriah, nantikan update dari kami

November 2017

Open day APC SB 2017 - AKAN DATANG!!

Kami akan mengadakan hari terbuka serentak di seluruh MAlaysia . NAntikan update dari kami.

Jom lihat semua aktiviti yang menyeronokkan di APC Subang Bestari yang terkini dan akan datang

Selamat Hari Lahir tecer Ellyn. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya didunia dan akhirat.

 

Hari ini juga kami sambut majlis perpisahan untuk anak-anak 6 tahun yang akan melangkah ke alam persekolahan dan juga kepada anak-anak yang akan bertukar ke sekolah baru. Setelah setahun bersama anak-anak didik ini, sedih pula rasanya berpisah. Cabaran  menjadi mualimah kepada mereka terubat apabila kami melihat transformasi anak-anak ini dari semua sudut terutama kematangan dan skil bersosial mereka.

 

Anak-anak!! cikgu doakan kalian sukses selalu dan jangan lupa solat dan baca al-Quran. Maafkan kami dan doakan kami ya, walau kita jauh dimata tapi jangan lupakan kami dalam doa kalian.   

JAMUAN PERPISAHAN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR CIKGU ELLYN

23 November 2016

12 November 2016

OPEN DAY 1.0 SESI 2017  

Hari terbuka APC seluruh Malaysia  diadakan serentak pada hari ini.  APC SUbang Bestari tidak ketinggalan. Kami beri peluang kepada ibu bapa untuk melihat tadika  kami dan  menilai sendiri  apa yang ditawarkan samada dari segi program  mahupun fasiliti. 

​

Hari terbuka kedua akan diadakan pada  10 Disember  2016. Akan ada taklimat  mengenai program  untuk ibu bapa. Slotnya adalah pada jam 9.00 pagi dan slot #2 pada 12.00 tengahari. Ada diskaun dan hadiah percuma  untuk  sehari sahaja. Siapa cepat dia dapat..

​

12 Oktober 2016

MEMBELI BELAH DI GIANT STAR AVENUE SEKSYEN U5

Hari ini kami membawa anak-anak ke pasar basah untuk membeli belah sayur dan buah-buahan untuk yang telah dipesan ibu  masing-masing. 

​

Program santai untuk memperkenalkan jenis-jenis  sayuran dan buah-buahan  kepada mereka. Selepas memilih dan   menimbang mereka diberikan peluang untuk membuat bayaran ke atas pembelian  barangan. Seronok sebab boleh beri duit pada kakak di kaunter.  Sambil mengira duit  baki ada yang minta izin membeli ais krim dan permainan. Seronok melihat keletah mereka. Nak beli ais krim, datang dengan ibu ya.    

7 September 2016

Program Haji Cilik 2016

Program Simulasi Haji Cilik  merupakan satu modul pembelajaran yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak pada awal usia mengenai proses mengerjakan ibadah haji.

​

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Fitrah Guidance & Consultancy dan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Walaupun pagi ini hujan rahmat turun sejak subuh tadi, program tetap diteruskan walaupun terpaksa dimulakan lebih lewat dari jadual. Alhamdulillah kami telah turut serta dalam program ini buat kali pertama pada tahun ini. Semoga anak-anak APC Subang Bestari @ Tadika Ya Bunayya akan menyimpan cita-cita untuk mengerjakan haji di awal usia.

24 Ogos 2016

Aktiviti Memanah

Salah satu aktiviti riadah yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah memanah. Latihan memanah memerlukan fokus dan konsentrasi minda dan fizikal. Melalui aktiviti ini, fokus anak-anak akan dimantapkan disamping mengamalkan sunnah Nabi saw. 

xx April 2017

Lawatan ke Putrajaya

Ini lah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tadika. Outing dengan  kawan-kawan  dan guru menaiki bas. Disebabkan masalah teknikal, trip ditunda ke tarikh baru. Ramai yang sedih tapi akhirnya dengan izin Allah, trip kami berjalan lancar.

 

Kali ini,  kami bawa anak-anak APC ke Putrajaya naik bot dan ke Kilang coklat  di Serdang.  Yang seronoknya kali ni, trip kami di sertai oleh 4 orang ibu yang sporting. Mungkin tahun depan kami akan buka peluang kepada bapa pula.

​

xx Februari 2017

Bengkel "A Day in their Shoes"

Sudah  sebulan berlalu,  pasti ada ibu bapa yang gelisah dengan kemajuan dan perkembangan anak-anak mereka. Dalam bengkel ini kami telah adakan penerangan dan aktiviti untuk   ibu bapa. Semua aktiviti tersebut amat berkaitan dengan aktiviti harian mereka. 

 

Ringkasnya kami beri peluang kepada ibu bapa merasai  dunia anak-anak mereka  .

xx Februari 2017

Kursus Tamhid & Nadi Ibu Bapa

Hari ini kami jalankan bengkel pengenalan kepada teknik Al-Baghdadi (Ketuk-ketuk) dan hafazan Nadi Neoro fisiologi.  Ustaz Marzuan berkongsi keistimewaan teknik ini supaya ibu bapa dapat bantu guru semasa anak dirumah

3 Januari 2017

Hari Pertama Pra-sekolah Sesi 2017

Bagi yang telah hadir minggu orientasi, dah dapat sesuaikan diri. Kurang menangis dan seronok jumpa kawan baru. Alhamdulillah tak banyak masalah sesi  tahun ni kerana persedian guru lebih mantap.  Ibu bapa pun dapat makluman mengenai peraturan sekolah dengan adanya taklimat kepada ibubapa. Ini peluang baik untuk merungkai permasalahan mengenai perjalanan operasi tadika sepanjang tahun. Alhamdulillah semua yang hadir lebih jelas sekarang. Sokongan ibu bapa penting untuk kami. Terima kasih kepas semua ibu bapa yang  sudi meluangkan masa mereka .

27 Disember 2016

Minggu Orientasi sesi 2017

Keletah pelajar-pelajar sesi pra-sekolah 2017  semasa minggu orientasi yang mencuit hati. Walaupun masih takut dengan persekitaran baru, Alhamdulillah anak-anak APC SB telah dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan, guru dan peraturan sekolah dengan baik sekali.  

25 Disember 2016

Kursus Amazing Teachers

Guru-guru kami menghadiri kursus  sebelum memulakan langkah baru ke tahun 2017. Alhamdulillah perkongsian olehTecer Lin telah menyuntik semangat baru untuk lebih menyantuni fitrah anak-anak

27 Julai 2017

Melukis dengan Uncle UNEH

Salah satu kaedah meransang pergerakan motor halus anak-anak terutama dibawah umur 6 tahun adalah melalui aktiviti melukis.  Uncle UNEH dikenali sebagai raja pensil warna. Masa bengkel 2 jam tempoh hari, anak-anak sangat teruja belajar teknik melukis dengan uncle Uneh. 

​

Selepas belajar dengan pelukis profesional uncle uneh ni, nampak perubahan pada teknik melukis anak-anak ni semua. Alhamdulillah ada manfaatnya. 

0192251001

No 16B, Jalan Uranus AH U5/AH Shah Alam Malaysia 40150

  • Facebook Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

©2016 by APC Subang Bestari. Proudly created with Wix.com

bottom of page