top of page

Siapa Kami ?

Kami adalah pusat perkembangan anak-anak yang berteraskan pembelajaran al-Quran. Mengapa kami fokus dan menitikberatkan pembelajaran al-Quran sebelum akademik?  

​

Sistem pembelajaran di Malaysia sangat mementingkan kecemerlangan  akademik, maka mahu tidak mahu, Ibu bapa terpaksa memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,  lantas pendidikan Al-Quran telah menjadi satu aktiviti sampingan untuk mengisi masa terluang sahaja, kerana stigma ibu bapa di Malaysia yang  merasakan kecemerlangan akademik mesti di utamakan.  

 

Jadi masa yang sangat sesuai untuk ibu bapa  mengenalkan  mereka kepada Al-Quran adalah sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan, iaitu sebelum mereka disibukkan dengan kelas tuisyen dan  aktiviti ko kurikulum  di sekolah.     

Di sinilah peranan Al Baghdadi Playtime Center. Kami menekankan pembelajaran al-Quran di dalam silibus pembelajaran anak-anak 4 hingga 6 tahun. Anak-anak didedahkan kepada pembelajaran al-Quran yang terdiri dari kemahiran membaca serta menghafal ayat-ayat suci al-Quran disamping mempelajari subjek-subjek akademik seperti matematik, sains,  bahasa dan fardu ain. Manakala subjek kreatif pula merangsang perkembangan minda anak-anak untuk berimaginasi dan berkreatif. 

Kaedah pembelajaran al-Quran kami merupakan kaedah yang sangat mudah dan menyeronokkan kerana kepelbagaian bahan dan pendekatan yang digunakan semasa sesi pembelajaran. Kaedah tersebut dinamakan Teknik al-Baghdadi, satu teknik yang telah dipatenkan dan memenangi beberapa anugerah  inovasi pendidikan al-Quran.  Oleh yang demikian, kami yakin tujuan asal kami untuk mendidik anak-anak  membaca, menghayati, menghafal dan seterusnya mencintai  al-Quran akan terlaksana dengan initiatif yang  kami usahakan ini.  Untuk membaca lebih lanjut mengenai teknik,  silibus dan mengapa anda perlu pilih KAMI,   kami telah aturkan  maklumat berkaitan  di dalam laman sesawang ini. Anda  hanya perlu pilih maklumat di menu yang disediakan.  

 

Semoga  maklumat ini bermanfaat untuk anda membuat keputusan yang menguntungkan  keluarga anda di dunia dan akhirat.

Al-Quran & Fardu Ain

Belajar Membaca dan Mencintai Al Quran

Di sini perkara wajib yang dibuat setiap hari adalah membaca dan menghafal kalimah suci Al Quran kerana ia adalah tunjang program Albaghdadi Learning Center. Kami percaya jiwa anak-anak yang diisi dengan kalimah suci al-Quran akan menjadi tenang dan senang menerima arahan. Anak-anak dipupuk minat dan perasaannya mencintai al-Quran seawal 4 tahun tanpa jemu oleh guru-guru kami yang dedikasi. Ilmu Fardu Ain diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara holistik setiap hari.

​

Akademik

Kejar Dunia Untuk Akhirat

Komponen akademik kami mengambilkira subjek-subjek utama seperti yang terdapat di dalam  kurikulum sekolah kebangsaan. Antara subjek yang ditawarkan adalah 3 jenis subjek bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab termasuk Matematik dan Sains. Seni kreatif dan tulisan jawi adalah dua lagi subjek pelengkap dalam silibus yang

ditawarkan di dini.

Sahsiah Diri

Mencontohi Akhlak Rasulullah s.a.w

Kami sedar sebagai seorang muslim, apa yang penting dibangunkan dalam diri anak-anak adalah akhlak yang baik dan terpuji.  Silibus kami turut menerapkan program-program berkaitan dengan pembangunan akhlak dan keperibadian supaya pelajar kami bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran moden yang sangat mencabar pada masa kini. .

Kami Bermain untuk Belajar

Untuk maklumat lanjut mengenai

 

silibus 

kadar yuran

kekosongan tempat

atau

maklumat lain

 

sila bercakap dengan pegawai pemasaran kami

Daftar Sekarang

Success! Message received.

0192251001

No 16B, Jalan Uranus AH U5/AH Shah Alam Malaysia 40150

  • Facebook Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

©2016 by APC Subang Bestari. Proudly created with Wix.com

bottom of page