Fasiliti Untuk Keselesaan Anak Anda
Sekolah ini beroperasi di tingkat 1 & 2 rumah kedai 3 tingkat di Subang Impian serta berhadapan Apartment Merak.
Lokasi sekolah ini yang menghadap kawasan apartment menjadikan ia lokasi yang kondusif untuk belajar kerana jauh dari bunyi bising trafik dan kesibukan kawasan laluan utama.

Tingkat 1 menempatkan 3 bilik darjah, dewan makan, kawasan riadah, tandas dan kawasan wuduk. Manakala tingkat 2 pula menempatkan dewan serbaguna yang juga diguna sebagai gimnasium, surau, bilik taklimat dan dewan peperiksaan. Tingkat 2 juga tingkat di mana terletaknya pejabat, ruang menunggu dan bilik darjah tambahan.

Oleh kerana sekolah ini berada di kawasan komersil yang baru siap dibina, kami meningkatkan ciri-ciri keselamatan seperti pintu masuk dan grill otomatik kawalan jauh beserta kamera CCTV di pintu masuk utama dan kawasan-kawasan lain di dalam premis sekolah. Ia dikawal dari tingkat 2 (pejabat). Setiap pergerakan keluar masuk dirakam dan dipantau supaya tiada kemalangan dan pecahmasuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan bahaya kepada pelajar dan guru kami.














Kawasan rehat dan makan kami selesa dan lapang serta boleh menampung jumlah pelajar sehingga 30 orang pada satu satu masa. Dapur kami dijaga bersih dan kemas supaya makanan yang disediakan terjamin mutu dan kebersihannya. Peralatan dapur kami juga baru dan berkualiti. Kami menyediakan bekalan air minum pelajar dari jenis Coway supaya anak-anak anda mendapat bekalan air yang terjamin kebersihannya.
​
Semua bilik-bilik termasuk bilik darjah, dewan makan, dewan solat/serbaguna dilengkapi oleh penghawa dingin. Anak-anak anda akan rasa selesa sepanjang berada di sekolah. Penggunaan penghawa dingin juga adalah langkah keselamatan yang diambil bagi mengelakkan anak-anak terdedah kepada pencemaran udara seperti jerebu dan sebagainya.
Kami menyediakan 3 bilik darjah dimana setiap satu mampu memuatkan sehingga 15 pelajar. Semua kelengkapan bilik darjah seperti kerusi dan meja adalah berkualiti tinggi. Setiap bilik darjah diberikan sentuhan hiasan dalaman kerana susana pembelajaran yang ceria, kemas dan cantik sangat memberi kesan terhadap pelajar.


Kami perihatin terhadap kesihatan anak anda, maka semua lantai bilik darjah dan ruangan lain adalah dari jenis vinyl berkualiti tinggi Korean. Pemilihan lantai jenis ini adalah bagi mengelak masalah alahan kepada pelajar yang sensitif kepada habuk dan jangkitan.
Manakala di kawasan tangga pula, kami pilih jenis kemasan karpet bagi memastikan tangga tidak licin dan menggurangkan kecederaan terhadap pelajar sekiranya kemalangan berlaku.

Kami juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi bagi membantu pembelajaran di dalam kelas, oleh itu, kami turut mempunyai beberapa projektor dan komputer riba untuk sesi pempelajaran yang melibatkan IT.

Satu lagi ciri keselamatan yang ada di sini adalah semua tingkap kami bergril bagi mengelakkan bahaya kepada pelajar sekiranya pintu dan tingkap terbuka tanpa sengaja. Walau bagaimanapun gril tersebut dari jenis yang boleh dibuka supaya ia tidak mendatangkan bahaya sekiranya berlaku kebakaran.
​
Tangga keselamatan berada di tingkat satu dan setiap tingkat dilengkapi oleh pemadam api yang sentiasa disemak oleh jabatan bomba.


Kami sentiasa menambah baik fasiliti yang ada dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pelajar kami merasa selesa dan selamat semasa berada di sekolah.
