top of page

Kenapa APC Subang Bestari ada di sini?

  • Writer: Hajah Maziah
    Hajah Maziah
  • Sep 6, 2016
  • 1 min read

AlBaghdadi Playtime Center Subang Bestari wujud di Seksyen U5 Shah Alam sebab nak memberikan pilihan kepada Ibu bapa yang mencari-cari pusat perkembangan anak-anak mereka yang berlandaskan al-Quran & sunnah.

Eh! Tadika lain pun ada al-Quran juga, Islam juga! Apa yang istimewa sangat APC ni?

Pendekatan atau apa yang kami usahakan mungkin sama sahaja dengan tadika lain, cuma disini kami ada program hafalan neurofisiologi (menggunakan otak kanan dan kiri serentak bagi meningkatkan tahap hafalan anak-anak) juga penekanan di berikan kepada bacaan al-Quran supaya anak-anak berusia 6 tahun boleh khatam al-Quran sebelum masuk darjah satu. Kami juga tak meninggalkan pendidikan arus perdana. Semua subjek yang diperlukan oleh pelajar kami bila mereka masuk sekolah rendah tu ada di sini dan kami tambahkan lagi dengan beberapa subjek lain termasuk subjek bahasa arab supaya anak-anak dapat menghargai dan mencintai al-Quran yang mereka baca setiap hari di sini.

Nah! sekarang, sekurang-kurangnya ibu bapa dah boleh berlapang dada, tanggungjawab mengajar anak al-Quran dan mengenal Qalam Allah itu telah sempurna sejak tadika lagi. Lepas ni dah boleh hantar untuk kenal tajwid dan tarannumnya pula supaya dapat mengalunkan bacaan persis Qari atau Qariah musabaqah antarabangsa tu. Insya Allah!

Jadi, APC Subang Bestari sebenarnya menyediakan alternatif kepada Ibu bapa yang ingin memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang lebih islamik, itu saja. Bukan bersaing dengan sesiapa tetapi memeriahkan industri yang sedia ada meriah dengan masyarakat yang telah kembali semula memilih ISLAM.

Doakan kami supaya kami akan tetap istiqamah dalam memperjuangkan agama melalui pendidikan anak-anak muslim yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.


 
 
 

Comments


0192251001

No 16B, Jalan Uranus AH U5/AH Shah Alam Malaysia 40150

  • Facebook Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Pinterest Social Icon
  • Instagram Social Icon

©2016 by APC Subang Bestari. Proudly created with Wix.com

bottom of page